Sebahagian daripada
siri berkaitan
IslamAllah •
Kitab •
Malaikat •
NabiHari Akhirat •
Qada dan QadarSyahadah •
Solat •
PuasaZakat •
HajiMakkah •
MadinahBaitulmuqaddisAidilfitri •
AidiladhaHukumAl-Quran •
Sunnah •
HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah •
KhilafahTokoh IslamMuhammadAhlul Bait •
Sahabat Nabi MazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi •
SyafieMaliki •
HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik •
Haiwan •
SeniTakwim •
Kanak-kanakDemografi •
PerayaanMasjid •
Dakwah •
Falsafah Sains •
Wanita •
PolitikLihat jugaKritikan •
IslamofobiaGlosariPeristiwa
Israk dan Mikraj Muhammad terjadi pada 27
Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat
Islam. Tarikh ini bersamaan
622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum
Hijrah dari
Makkah ke
Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai
Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya
Abu Talib dan isterinya
Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya
Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk
Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam
surah Al-Israa’ ayat 1 (
Al-Quran:17:1).
Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke
Makkah sebelum terbit fajar.Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari
Masjidil Haram ke
Masjid Al-Aqsa di
Baitulmuqaddis di
Palestin kini.Dan Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari
Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke
Sidratul Muntaha dan bertemu dengan
Allah di
Arasy. Di
Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya
Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan
ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.Nabi telah bertemu dan bercakap dengan
Nabi Ibrahim,
Nabi Musa dan
Nabi Isa. Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam
takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau
kufur. Ia sebuah mukjizat dari
Allah bagi
Muhammad yang tidak pernah dilakukan oleh
rasul dan
nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh
Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan
Allah kepada Muhammad.Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),
Nabi Muhammad didampingi Malaikat
Jibril dan
Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut '
Buraq'. Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam
takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.